Friday 25 January 2013

Tinta Hati


Assalamualaikum.

<3sebuah puisi dari hati <3

Insan itu bukan lagi dia yang dulu
Perlahan-lahan dia menjauhi silamnya
Bergerak menuju gerabak kehidupan yang baru
Tidak mahu dikenang  lagi silam yang kelam
Insan itu bukan lagi dia yang dulu
Perubahannya bukan kerana manusia
Pandangan Allah lebih utama
Lantas redhaNya yang ingin dikejar
Tuntutan agama cuba dijulang
Insan itu bukan lagi dia yang dulu
Doa ditadah mengharapkan istiqamah
Kerana tujuannya  hanya satu
Menuju destinasi cinta yang hakiki
Bertemu pencipta yang abadi
Allah Rabbul 'Izzati

Hanya Allah sebaik-baik penilai.

1707 : 291112
0209 : 26012013

0 comments:

Post a Comment