Wednesday 30 January 2013

do it or you'll regret


Assalamualaikum.



Perubahan bukan mudah

Kerna ia memerlukan mujahadah dan semangat yang tinggi

Untuk berperang dengan nafsu yang merajai

Sungguh, bukan mudah mengikis karat jahiliah dalam diri

Meninggalkan sesuatu yang telah menjadi kebiasaan

Namun sampai bila?? Sampai bila hendak beralasan??

Segerakanlah sebelum terlambat

Ya Allah jadikanlah aku hambaMu yang IKHLAS dan ISTIQAMAH

Bantulah hambaMu ini ya Allah, pimpinlah aku ke jalan yang engkau redhai

Hadirkanlah insan-insan yang dapat membimbingku 

Bersama-sama menuju syurgaMu




Aku percaya apa yang Kau tentukan itulah yang terbaik buatku

janjiMu benar

pertolonganMu dekat

rabbi yasir wala tu'assir
Allahu rabbi

*muhasabah diri*
0950:300113

Friday 25 January 2013

Tinta Hati


Assalamualaikum.

<3sebuah puisi dari hati <3

Insan itu bukan lagi dia yang dulu
Perlahan-lahan dia menjauhi silamnya
Bergerak menuju gerabak kehidupan yang baru
Tidak mahu dikenang  lagi silam yang kelam
Insan itu bukan lagi dia yang dulu
Perubahannya bukan kerana manusia
Pandangan Allah lebih utama
Lantas redhaNya yang ingin dikejar
Tuntutan agama cuba dijulang
Insan itu bukan lagi dia yang dulu
Doa ditadah mengharapkan istiqamah
Kerana tujuannya  hanya satu
Menuju destinasi cinta yang hakiki
Bertemu pencipta yang abadi
Allah Rabbul 'Izzati

Hanya Allah sebaik-baik penilai.

1707 : 291112
0209 : 26012013

Sunday 20 January 2013

Berakhirnya Sebuah Penantian

Assalamualaikum.
hmmm.. bila baca balik tajuk n3 nih da boley wat tjuk drama rasanya..haha serius xlawak!
ok back to the topic..actually  apa yang aku cuba nak sampaikan adalah aku da sampai kampung halaman yang tercinta..Alhamdulillah setelah sekian lama xbalik akhirnya aku selamat menjejakkan kaki di bumi Kedah..pada Hari lahir Sultan plak tu..hehe nmpak tak bertapa sayangnya aku kt sultan kedah..moga Allah merahmatinya umurnya..dari Terengganu aku transit kat SP (umah kakna) then malam ni baru balik umah..  perkara yang buat aku happy hari ni :
  • jumpa mak abah n family terchenta
  • main ngn  anak2 sedara (walaupun umo da 21 tp mcm umo 4 5 tahun ja bila jumpa bebudak nih)
  • dapat makan durian (da lama kot ngidam) 
  • tak lupa jugak dgn kehadiran cucu Hj Nordin n Puan Meriyah yang ke-8 

subhanallah comelnya baby ni..depa kata muka cam aku kecik2 dulu wink2 (@_@)

.Alhamdulillah atas nikmat keluarga bahagia dan rezeki yang Allah berikan.


Friday 18 January 2013

Permulaan Suatu Dunia Baru

Bismillahirrahmanirrahim
assalamualaikum :)
blog ini di create dgn tiba2..xtaw kenapa tiba2 terasa nk buat blog..hati ni melonjak-lonjak nk buat blog sndiri setelah berkurun lama asyik baca blog orang lain ja..
Dengan terciptanya blog past.present.future ni moga apa yang bersarang di kepala dan di hati ni dapat diluahkan..seriyes aku xreti nk share dgn org lain apa yang aku rasa..biarlah blog ini menjadi peneman dikala suka dan duka. 
and..and..and biarlah identiti penulis blog ini terus mnjadi rahsia.

.past is memory.
.present is treasure.
.future is mystery.

.live life following Allah's order and you'll be happily ever after.