Friday 1 March 2013

Someone Who Never Know~


Assalamualaikum
mode: jiwang :D

Puisi untuk SOMEONE yang berada di SOMEWHERE yang tengah buat SOMETHING dan yang selalu muncul dikotak fikiran. Tidak dinafikan aku juga seperti insan lain punyai perasaan ‘itu’ kerna rasa ‘itu’ fitrah manusia namun yang membezakan adalah cara kita meng’handle’kan rasa itu..



Aku fikir ianya sesuatu yang mudah

Namun sehingga kini aku gagal melakukannya

Melupakan insan itu bukan mudah

Insan itu pernah hadir lewat  hari2ku

Mengukir secebis memori dalam hidupku

mencipta 'sesuatu' di hati ini

Perasaan yang hadir kusimpan kejap dalam sanubari

Aku memilih untuk DIAM

Kerana dengan diam aku bisa menghormatinya

Menghormati perasaan dan pendiriannya

Aku juga tidak tegar menjadi peruntuh imannya

Kerna aku yakin dia sedang bermujahadah

Mencari diri dalam mengenal Illahi

Lantas jadilah aku pengintip dalam diam

Sekadar mengetahui khabar dari jauh

Tidak lebih..fullstop!!

Allahu rabbi..

Aku tahu cintaMu yang lebih layak aku kejar

Dengan itu aku mohon perlindunganMu

Peliharalah rasa ini agar tidak merosakkan diri

Jagalah hati ini agar tidak melampaui batas

Berikan aku petunjuk dalam menguruskan rasa hati ini…


1 comments:

Chenta Harty Ibu & Baba said...

kui3...hatiku tergelak sendiri tatkala membaca perasaan itu. wallawey hebat boh! haha

Post a Comment