Thursday 14 March 2013

Berdua denganNya

Assalamualaikum.

Salam Jumaat yang penuh barakah..



Alhamdulillah..Maha Suci Allah yang telah membangunkan hambaNya di pagi yang hening..

di saat insan lain enak dibuai mimpi..dengan hanya bunyi sikat rambut yang jatuh Allah mengejutkan aku..

bangun menunaikan kewajipan sebagai hamba yang kerdil, membasahi jiwa yang sekian lama kontang..

sungguh Dia rindu untuk mendengar rintihan dan sujudku padaNya.. sungguh aku juga merindui saat berdua 

denganMu di dalam keheningan dan kegelapan malam kerna disaat  ini aku bisa tenang meluahkan 

perasaanku padaMu.. menghamburkan segala rasa yang terbuku di hati tanpa sebarang gangguan..

melepaskan segala kesedihan tanpa rasa malu

hanya padaMu.

hanya padaMu Ya Rabb..



sungguh indah rasa ini :)








Friday 1 March 2013

Someone Who Never Know~


Assalamualaikum
mode: jiwang :D

Puisi untuk SOMEONE yang berada di SOMEWHERE yang tengah buat SOMETHING dan yang selalu muncul dikotak fikiran. Tidak dinafikan aku juga seperti insan lain punyai perasaan ‘itu’ kerna rasa ‘itu’ fitrah manusia namun yang membezakan adalah cara kita meng’handle’kan rasa itu..



Aku fikir ianya sesuatu yang mudah

Namun sehingga kini aku gagal melakukannya

Melupakan insan itu bukan mudah

Insan itu pernah hadir lewat  hari2ku

Mengukir secebis memori dalam hidupku

mencipta 'sesuatu' di hati ini

Perasaan yang hadir kusimpan kejap dalam sanubari

Aku memilih untuk DIAM

Kerana dengan diam aku bisa menghormatinya

Menghormati perasaan dan pendiriannya

Aku juga tidak tegar menjadi peruntuh imannya

Kerna aku yakin dia sedang bermujahadah

Mencari diri dalam mengenal Illahi

Lantas jadilah aku pengintip dalam diam

Sekadar mengetahui khabar dari jauh

Tidak lebih..fullstop!!

Allahu rabbi..

Aku tahu cintaMu yang lebih layak aku kejar

Dengan itu aku mohon perlindunganMu

Peliharalah rasa ini agar tidak merosakkan diri

Jagalah hati ini agar tidak melampaui batas

Berikan aku petunjuk dalam menguruskan rasa hati ini…